Gamble pilih bidang Sarjana Pengajian Strategi UPNM

Assalammualaikum, hello people !!


it's me Mike, ini adalah tulisan atau nurkilan pertama aku, jadi aku nak share tentang pengalaman aku sebagai pelajar dalam jurusan pengajian strategi di UPNM. gila beruk baru buat blog terus masuk gear 4 hahahaha. Never mind nanti aku recap balik pengalaman sebelum degree dan lain ii. Feel free to ask anything from me  (that related with subject la).


Pada awalnya aku apply course ni bukan sebab dah target nak ke bidang ni. Tapi bila habis je Asasi( di UPNM) aku jadi blur nak apply course apa. Senang cakap main bantai je apply course ni, apa nak jadi-jadi la! kasi langgar! lelaki kena keras dalam buat keputusan! hahaha. Takdelah aku sebenarnya dah buat penilaian kendiri dah tentang apa yang kena dengan minat dan kemampuan minda aku nak handle. Based on that, aku melihat Strategic Studies ni sebagai sesuatu yang selari dengan kapasiti yang aku ada, maka aku memilih untuk pursue dalam bidang ni.


Semasa proses riki-riki nak sambung course mana.....

Aku tanya la senior sorang ni dia intake 17 (aku intake 19) tentang bidang sarjana muda yang sesuai. Disebabkan aku Asasi Pengurusan & Pertahanan, pilihan yang ada untuk sambung bachelor degree ni lebih kepada bidang pengurusan dan sastera (lebih kurang). Dia bagi aku ibarat fusion antara accounting dan sastera la. Jadi pilihan aku sama ada pilih HR, Strategi ataupun Safety (banyak lagi course lain tapi yg ni ja aku explore hahah). Aku dah short list tinggal 3 ni sebagai pilihan akhir aku, jadi aku tanya la pendapat sr aku yang mana sesuai dan mana yang patut dielakkan. disebabakan masa aku asasi aku dalam Pegawai Kadet Asasi (asasi waktu tu ada BPK), aku expect nk la kena cari course yang sesuai dengan aku bila jadi kadet degree nanti tapi never mindlah apa ii pun. Sr aku cakap antara yang tough dan makan diri ni course Pengajian Strategi la.. katanya tak ramai yang mampu bawak subjek ni sebab memerlukan pembacaan yang banyak, penilaian sesetengah pensyarah untuk course ni agak tegas lagi ii bagi student kadet yang semua sedia maklum xkan ada masa untuk study sebab jadual hidup padat. probability untuk pointer drop tu tinggi jadi elok dielakkan ambil pengajian strategi.

Jadi aku sebagai orang yang tak makan nasihat lagi keras kepala sempat berkhayaii mewujudkan fantasi dalam minda...Sekiranya aku lepas iv jadi pegawai kadet, memilih Jurusan maut Pengajian Strategi sebagai pilihan dan jika ditakdirkan aku mampu capai result gempak alangkah hebat lagi dahsyat insan bernama Mike ini. Dengan itu aku pasang niat untuk ambik jurusan ni atas faktor aku nak berlagak bila berjaya hahah tak salah pasang angan-angan fantasi, sebab mana mungkin tercapai satu impian jika kita tak berani untuk bermimpi bukan. 


Angan-angan aku tersentak apabila ditampar oleh sesuatu yang dipanggil realiti

Aku fastfoward lah sebab ni antara fasa yang gelap dalam hidup aku, 

u know what man... aku gagal iv untuk pegawai kadet, jadi pilihan aku dan angan-angan aku dah jadi sia ii ja. Maka bermulalah momen-momen otak jadi lost dan depresi menghantui diri sebab aku xtau nak buat apa bidang ni maka dengan itu bagi mengelakkan perkara yang sama jadi kepada masyarakat alam semesta ini dan tidak ulang kesilapan saya,  penulisan ini akan disambung lagi nanti dengan tajuk ....

[ RELEVEN SARJANA MUDA PENGAJIAN STRATEGI BAGI PELAJAR AWAM, PERSEDIAAN UNTUK BERADAPTASI SEMASA BELAJAR DAN BIDANG KERJAYA SESUAI BAGI LULUSAN PELAJAR AWAM ].

sekian sahaja kali ni, jumpa lagi ba bye!!!

forgive my spelling mistake in this entries( idaf tbh with your opinion) see ya till the next one!! peace!
#kesilapanYangSempurna

Ulasan